Start Planning
Hari Raya Aidilfitri
Brunei

Hari Raya Aidilfitri 2025, 2026 dan 2027 di Brunei Darussalam

Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu perayaan terbesar di Brunei. Hari Raya bermaksud “hari perayaan” dan Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang menandakan berakhirnya Ramadhan, bulan suci Islam dimana umat Islam berpuasa dari waktu subuh hingga matahari terbenam.

TahunTarikhHariCuti Awam
202531 Mac - 2 AprIsnin - RabuHari Raya Aidil Fitri
202620 Mac - 24 MacJumaat - SelasaHari Raya Aidil Fitri
202710 Mac - 13 MacRabu - SabtuHari Raya Aidil Fitri
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Ramai orang Islam dan bukan Islam pulang ke rumah keluarga mereka selama beberapa hari sebelum Hari Raya Aidifitri untuk mereka dapat meraikan percutian dengan keluarga dan rakan-rakan. Semasa bersama, keluarga dan rakan-rakan memohon kemaafan dari satu sama lain. Ramai yang mengadakan majlis doa kesyukurandi masjid-masjid dan menikmati hidangan bersama keluarga atau rakan-rakan yang terdiri daripada makanan dan minuman tradisional. Kanak-kanak sering diberi wang sedekah oleh ibu bapa mereka dan golongan yang lebih berusia.

Pada malam Hari Raya Aidifitri, seluruh ahli keluarga sibuk menyediakan dan memasak makanan untuk hari perayaan itu. Agak jarang bagi sesiapa untuk meninggalkan rumah pada malam ini, kerana kebanyakan orang akan berkumpul untuk menikmati juadaha dan meluangkan masa bersama keluarga. Keesokan harinya, kebanyak orang akan keluar melawat saudara-mara dan rakan-rakan yang berterusan sepanjang hari keempat perayaan itu. Pada hari pertama perayaan, rumah dibuka untuk berkongsi makanan dan minuman dengan orang yang datang berziarah.

Pada Hari Raya Aidil Fitri juga, Istana Nurul Iman akan dibukakan untuk kunjungan orang ramai selama dua hari dimana mereka akan menjunjung ziarah kehadapan majlis keluarga Diraja.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCuti Awam
202411 Apr - 15 AprKhamis - IsninHari Raya Aidil Fitri
202322 Apr - 25 AprSabtu - SelasaHari Raya Aidil Fitri