Hari Kebangsaan 2025, 2026 dan 2027 di Brunei Darussalam
Hari Kebangsaan Brunei disambut pada setiap 23hb Februari setiap tahun dan ia adalah untuk memperingati kemerdekaan Brunei daripada United Kingdom pada tahun 1984. Walaupun Brunei merdeka daripada United Kingdom pada bulan Januari tahun itu, akan tetapi Brunei hanya bebas sepenuhnya daripada kawalan pihak British pada bulan Februari.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti Awam |
---|---|---|---|
2025 | 23 Feb | Ahad | Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam |
24 Feb | Isnin | Cuti Hari Kebangsaan | |
2026 | 23 Feb | Isnin | Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam |
2027 | 23 Feb | Selasa | Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Kebudayaan Brunei berterusan selama beberapa ratus tahun lamanya. Pada kurun ke-6, perdagangan dengan negeri Cina adalah sangat lumrah. Selepas menyatakan taat setia kepada empayar Majapahit, ugama Hindu meninggalkan kesan mendalam di Brunei. Ferdinand Magellan yang menjadi pemerintah pada tahun 1521 diikuti oleh James Brooke, pelayar Inggeris pada tahun 1841.
Pada penghujung tahun 1880-an, Brunei dikenali sebagai Negara yang mendapat perlindungan daripada pihak British. Akan tetapi apabila , angkatan tentera Jepun menguasai Brunei pada tahun 1941 sewaktu perang dunia ke-2 sehinggalah angkatan tentera Australia datang untuk membebaskan Brunei pada bulan Jun tahun 1945.
Pada tahun 1959, Brunei dianggap Negara berdaulat dengan konstitusi perlembagaan baru di bawah kawalan pihak British. Pada 1hb Januari , 1984 Brunei beroleh kemerdekaan daripada United Kingdom setelah lebih kurang dua dekad berada di bawah perlindungan Britain.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti Awam |
---|---|---|---|
2024 | 23 Feb | Jumaat | Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam |
24 Feb | Sabtu | Cuti Hari Kebangsaan | |
2023 | 23 Feb | Khamis | Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam |