Start Planning
Isra' dan Mi'raj

Isra’ dan Mi’raj 2025 dan 2026 di Brunei Darussalam

Di Negara Brunei Darussalam, sebagaimana juga di negara-negara Islam lainnya Israk dan Mikraj, atau “Isra’ dan Mi’raj”, merupakan hari kelepasan awam. Ia jatuh pada hari ke-27 bulan Rejab dalam Taqwim HIjrah, akan tetapi tarikhnya berbeza-beza pada kalendar masihi dari tahun ke setahun dan ia juga ditetapkan melalui penglihatan anak bulan.

TahunTarikhHariCuti Awam
202527 JanIsninIsra' dan Mi'raj
202616 JanJumaatIsra' dan Mi'raj
17 JanSabtuCuti Isra' dan Mi'raj
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Hari istimewa ini merupakan peringatan bagi perjalanan Nabi Muhammad pada tahun 620 masehi. Baginda dikatakan di bawa daripada bilik tidurnya di Mekah ke masjid terjauh yang dipercayai adalah Masjid Al Aqsa di Jerusalem. Perjalanan ini di gelar sebagai Israk.

Fasa kedua disebut sebagai “Mikraj”, dikatakan Nabi Muhammad di bawa melawat ke syurga dan juga neraka. Nabi Muhammad dikatakan bertem dengan para nabi daripada zaman sebelum bagindatermasuk Nabi Musa dan Nabi Isa. Adalah dipercayai bahwa Nabi Muhamad menerima wahyu mengenai sembahyang daripada Allah untuk disampaikan kepada umatnya. Inilah sebabnya tarikh ini disambut di Negara Brunei Darussalam dan juga di tempat lain di dunia.

Ada yang mengatakan hanya roh Nabi Muhammad yang melalui perjalanan Israk Dan Mikraj dan ada juga yang berpendapat ia merupakan perjalanan yang melibatkan fizikal. Apa pun jua, Nabi Muhammad ditemui pada keesokkan paginya di atas katilnya dimana dia tidur pada malam sebelumnya.

Kebanyakan orang-orang Islam di Brunei akan mengadakan solat di masjid-masjid dan juga kediaman peribadi untuk menyambut tarikh ini. Ada juga yang akan menghiasi kediaman mereka dengan pelita dan cucul.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCuti Awam
20248 FebKhamisIsra' dan Mi'raj
202318 FebSabtuIsra' dan Mi'raj
202228 FebIsninIsra' dan Mi'raj
202111 MacKhamisIsra' dan Mi'raj
202022 MacAhadIsra' dan Mi'raj
23 MacIsninCuti Isra' dan Mi'raj
20193 AprRabuIsra' dan Mi'raj
201814 AprSabtuIsra' dan Mi'raj
201724 AprIsninIsra' dan Mi'raj