Start Planning
Hari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei
Brunei

Hari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei 2025, 2026 dan 2027 di Brunei Darussalam

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan adalah cuti awam di Brunei, ia disambut pada setiap 15 haribulan Julai. Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah adalah Sultan yang ke-29 Brunei dan telah memerintah Brunei sejak 4 Oktober 1967.

TahunTarikhHariCuti Awam
202515 JulSelasaHari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei
202615 JulRabuHari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei
202715 JulKhamisHari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Hassanal Bolkiah adalah sultan sewaktu kemerdekaan Brunei dari Empayar British pada tahun 1984 dan telah secara rasminya ditabalkan sebagai Raja Brunei oleh Ratu Elizabeth II. Sejurus selepas bapanya menyerahkan takhta pada 4hb Oktober 1967, Hassanal Bolkiah menjadi sultan, penobatan istiadatnya berlangsung pada 1hb Ogos 1968.

Pada sambutan Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Baginda Sultan akan menerima perbarisan lalu Hormat Diraja yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Terdapat juga perayaan yang berlangsung selama dua minggu penuh selepas hari jadi Sultan, bersama-sama dengan paparan dan pertunjukkan bunga api.

Upacara utama termasuk sultan mengurniakan titah dan juga bintang-bintang kehormatan kepada pembesar-pembesar negara terpilih, dan memeriksa Barisan Kehormatan yang juga akan diteruskan dengan tembakan mariam sebanyak 21 das serta perbarisan lalu pesawat helikopter dan tentera terbang di udara. Dan tentu saja, ramai yang akan bersorak mengucapkan selamat hari puja usia kepada Sultan.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCuti Awam
202415 JulIsninHari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei
202315 JulSabtuHari Keputeraan KDYMM Sultan Brunei