Start Planning
Tahun Baru Cina
Brunei

Tahun Baru Cina 2025 dan 2026 di Brunei Darussalam

Tahun Baru Cina adalah cuti awam terbesar di Brunei. Sama seperti di kawasan lain di mana ia dirayakan, Tahun Baru Cina dirayakan di Brunei pada hari pertama bulan pertama pada kalendar lunar Cina. Percutian ini disambut dengan meluas kerana masyarakat Cina yang besar di Brunei.

TahunTarikhHariCuti Awam
202529 JanRabuTahun Baru Cina
202617 FebSelasaTahun Baru Cina
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Tahun Baru Cina adalah perayaan keluarga yang menyeronokkan dan disambut dengan meriah. Mengikut tradisi Cina, perayaan Tahun Baru, atau Festival Musim Bunga, menjauhkan kemalangan dan kejahatan. Perayaan Tahun Baru Cina juga berfungsi sebagai mekanisme untuk memastikan keluarga bersatu pada masa pertumbuhan dan perubahan.

Salah satu tanda signifikan mengenai kedatangan Tahun Baru Cina adalah perarakan mewah. Pada petang Tahun Baru Cina, perarakan akan berlangsung di kuil masyarakat cina yang terbesar di Brunei. Semasa perarakan  ini, penonton akan mneyaksikan pelampung, penari, memakai pakaian berwarna-warni. Perarakan ini juga agak berwarna; boleh dikatakan kesemua hiasan adalah berwarna dmerah. Emas adalah warna sekunder biasa untuk hiasan ini. Menurut mitos-mitos China, warna merah akan menjauhkan roh-roh jahat dan membawa nasib baik sepanjang tahun yang akan datang.

Dalam komuniti Cina di Brunei, tarian naga dari Han dan tarian singa dari Kantonis  adalah untuk meraikan ketibaan tahun baru lunar. Ini menunjukkan penggabungan budaya Cina di Brunei. Pada perayaan ini, penari berpakaian dalam pakaian singa dan naga yang melambangkan dan  membawa nasib baik. Bunga api dan gendang sering menemani rutin tarian ini. Kostum singa ditarikan oleh dua penari. Oleh kerana kostum naga jauh lebih besar daripada kostum singa, ia selalunya ditarikan oleh empat penari.

Orang Cina di Brunei akan membersihkan rumah mereka sebelum perayaan Tahun Baru Cina bermula. Secara tradisinya, ini memberi penghormatan kepada roh nenek moyang keluarga Cina. Hari ini, amalan pembersihan musim bunga membolehkan orang membersihkan rumah mereka dan menyelesaikan apa jua urusan yang yang belum selesai dan tertunggak. Pada masa ini, kebanyakan orang juga dijangka untuk melunaskan hutang-piutang mereka.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCuti Awam
202410 FebSabtuTahun Baru Cina
202322 JanAhadTahun Baru Cina
23 JanIsninCuti Tahun Baru Cina